KUALA LUMPUR: Bangunan panggung Istana Budaya yang menjadi pusat tumpuan penggiat seni tanah air bagi menganjurkan pementasan bertaraf antarabangsa akan ditutup selama dua tahun mulai 15 Jan ini.
Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar berkata penutupan itu bertujuan memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan khususnya bumbung pusat berkenaan.
"Bangunan panggung Istana Budaya tidak akan beroperasi untuk sebarang bentuk acara atau pementasan sehingga 5 Jan 2026 dan dijangka dibuka pada tahun berkenaan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam tempoh penutupan itu, Istana Budaya akan menganjurkan persembahan seperti Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artistana menerusi Kempen Gerak ke seluruh Malaysia.
Katanya Istana Budaya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan strategik (smart partnership) serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke e-mel [email protected] atau hubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya dengan menelefon 03-4026 5555.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Penutupan itu bertujuan memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan khususnya bumbung pusat berkenaan. - Gambar fail
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.